SEORANG kanak-kanak berusia 3 tahun bernasib baik kerana mendarat betul-betul di dalam sebuah beca selepas terjatuh dari bangunan setinggi 10 meter.

Insiden berlaku di Tikamgarh, Madhya Pradesh dan dirakam kamera CCTV bangunan berdekatan.

Ketika kejadian pemandu beca secara kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Dia turut terkejut melihat kemunculan kanak-kanak itu dikerusi belakang becanya.

Seketika kemudian orang ramai berlari keluar dari bangunan itu mendapatkan kanak-kanak tersebut.

Ayah budak tersebut mengangkat kanak-kanak pengsan itu dan membawanya naik ke rumah semula.

Menurut bapanya anaknya bermain bersama-sama dua adik-beradik dan seketika kemudian dia masuk ke balkoni dan bermain di pagar.

Dia gagal mengimbang dirinya lalu terjatuh.

Dia dibawa ke hospital dan selepas menjalani pelbagai pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan.