Tuesday, December 6, 2022

Sekiranya PH memerintah Sarawak, undang-undang sedia ada akan ditukar

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya memerintah Sarawak, undang-undang yang sedia ada di negeri ini akan diubah dan ekonomi tempatan dijangka akan diambil alih oleh orang luar.

Ketua Menteri menambah sebagai contoh penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP), beliau berkata ia merupakan salah satu senjata dan cara halus yang dilakukan PH untuk menawan Sarawak, namun dalam masa yang sama akan memecah belahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau lagi, rakyat Sarawak seharusnya menyedari tujuan sebenar pihak pembangkang untuk mengambil alih Sarawak dan menjaga negeri ini sebelum pihak lain masuk campur dalam urusan tadbir Negeri Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penangguhan Satok Fiesta 3.0 di Dewan Masyarakat Sungai Maong petang semalam.

Setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng berkata, MPPKP akan membantu PH mempersiapkan pengurusan di peringkat kampung bagi memudahkan pentadbiran, terutama apabila PH mahu memenangi PRN akan datang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru