Tuesday, June 28, 2022

Gadis kacukan Bidayuh-Cina Miss Tourism Benak

Secara Rawak

SRI AMAN: Gadis kacukan berbangsa Bidayuh dan Cina, Anasuziana Bong dinobatkan sebagai Miss Tourism Benak 2019 selepas menewaskan saingan daripada 12 finalis lain.

Kejayaan gadis berusia 20 tahun itu membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, mahkota, selempang, piala dan sijil penyertaan.

Lebih manis, gadis berasal dari Lundu itu turut dinobatkan sebagai pemenang Miss Fotogenik dan membawa pulang wang tunai RM500, selempan, piala dan sijil penyertaan.

Manakala naib johan Miss Tourism Benak 2019 dimenangi oleh Liz Salsadila Shahmat.

Kejayaan itu membolehkannya menang wang tunai RM1,500, selempang, piala dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula disandang oleh Nur Fazureen Mohd Hafiz dan membawa pulang wang tunai RM1,200, selempang, piala dan sijil penyertaan.

Acara penyerahan hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Datin Simba Nallang isteri kepada Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.  

SourceUkas

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru