Tuesday, June 28, 2022

Pesakit turut dilibatkan dalam aktiviti sukan reakreasi

Secara Rawak

KUCHING: Usaha menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi seperti zumba, sukan bolasepak dan sebagainya di kalangan masyarakat perlu diperbanyakkan bagi menyahut visi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu menuju ke arah kesihatan yang lebih baik.

Dalam pada itu, Unit Pemulihan Carakerja, Pusat Jantung Sarawak dan Hospital Kota Sentosa telah julung kalinya menganjurkan Pertandingan Futsal sempena Sambutan Hari Pemulihan Carakerja Sedunia 2019 di Sarawak bertemakan Improving World Health & Wellbeing di Arena Futsal Simpang Tiga bersama-sama pesakit yang telah mendapat kebenaran daripada Pegawai Perubatan.

Antara golongan pesakit yang terlibat adalah, pesakit Cardiac Phase 3, pesakit psikiatri dan banyak lagi golongan lain.

Objektif aktiviti ini bukan sahaja bagi mewujudkan dan mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan profesyen Pemulihan Carakerja Negeri Sarawak malah menarik minat kakitangan dan pesakit-pesakit Pemulihan Carakerja untuk bersukan dan beriadah selari dengan tema sambutan.

Tujuan sambutan ini adalah bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan dan rekreasi di kalangan kakitangan dan menjadikan program tersebut sebagai program tahunan mahupun dwitahunan untuk profesyen Pemulihan Carakerja Negeri Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru