Penonton terpukau dengan persembahan Ramli Sarip

KUCHING: Malam Tradisi Warisan 2019 sempena Temasya Warisan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) 2019 di Padang Merdeka di sini, meriah dengan kehadiran ribuan penonton malam tadi.

Bermula pada jam 8.30 malam, malam warisan tersebut membariskan artis terkenal seperti Datuk Ramli Sarip, Siti Nordiana, Bob Yusof, Melissa Francis dan Sang Rawi.

Tirai malam warisan dibuka apabila Melissa menyampaikan lagu Pengerindu Tua, selain lagu Akai Akai, Sepenuh Nyawaku, Happy Sampai Pagi dan Biar Berkikis Bulu Betis.

Pentas kemudian dihangatkan dengan persembahan Bob Yusuf dengan lagu Tergeleng-geleng, Pantun Budi dan Anta Permana.

Malam warisan turut menampilkan kumpulan anak muda dari Sarawak dikenali sebagai Sang Rawi.

Ia disusuli Siti Nordiana yang mendendangkan lagu Paling Comel, Hatiku Milikmu, Janji dan Terus Mencintai.

Kemunculan Datuk Ramli Sarip terus menggamatkan Padang Merdeka dengan lagu popularnya Bukan Kerana Nama, Kamelia, dan Teratai.

Raja rock negara itu turut menyanyikan lagu Panah Beracun, Zakiah, Jangan Tunggu Lama-lama serta Jikalau Berkasih.

Malam tradisi tersebut dianjurkn Persatuan Kesenian dan Warisan Melayu Kuching (KEWARISMA) dan OKSHE.