Friday, September 30, 2022

Jangan salah guna perkataan rasis

Secara Rawak

PAS Sarawak menyokong kenyataan presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata seolah-olah hanya Melayu sahaja dilebel rasis apabila menyentuh tentang nasib hak mereka yang dilihat telah dipinggirkan di atas buminya sendiri oleh pihak lain. Keadaan yang tertekan semakin nyata menjadikan bangsa Melayu bersuara, kerana keadaannya tercabar.

Allah menciptakan seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.

Di Sarawak, kita saling menghormati antara satu sama lain selaras dengan budaya yang berkongsi kemakmuran bersama yang telah utuh sejak rakyat Sarawak sendiri memegang tampuk pemerintahan kerajaan Sarawak.

Dasar PAS ialah ISLAM. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Maka menghormati prinsip perjuangan PAS juga adalah sebahagian daripada komitmen dari salah satu rukun negara iaitu kesopanan & kesusilaan.

Prinsip ini terpakai kepada semua entiti, organisasi dan parti politik. Mengapa kerana orang Melayu beragama Islam, kita dilabel sebagai rasis kerana orang Melayu melahirkan rasa tidak puas hati dengan kekurangan nasib orang Melayu sendiri.

Sifat Islam yang masih wujud dalam umat Islam Melayu, sehingga memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam tanpa paksaan. Malangnya, konsep da’wah yang memperkenalkan Islam tanpa paksaan juga mencabarnya.

Kalau Melayu rasis, maka sejak awal lagi bangsa pendatang tidak mendapat kerakyatan, hak berpolitik untuk menjadi ahli Parlimen, Menteri Besar atau Ketua Menteri, menguasai ekonomi, mengamalkan agama dengan bebas, menggunakan bahasa ibunda dalam pendidikan sehingga mencapai kedudukan sebagaimana yang ada ini.

Apa yang perlu ditentang adalah pelampau agama, politik, organisasi yang berideologi seperti agenda komunis yang telah mula bertapak dan pergerakan agresif, LTTE, dan beberapa pelampau yang diketuai oleh warga asing yang mahu menggulingkan kepimpinan negara.

Rasisme adalah suatu sistem kepercayaan atau doktrin yang menyatakan bahwa perbedaan biologis yang melekat pada ras manusia menentukan pencapaian budaya atau individu – bahwa suatu ras tertentu lebih superior dan memiliki hak untuk mengatur ras yang lainnya.

Pendatang yang tinggal di Malaysia sangat bernasib baik kerana mereka bebas mengamalkan aktiviti keagamaan mereka dan budaya mereka tanpa halangan. Jika di negara lain mereka tidak diperlakukan seperti di Malaysia. Orang asal di Sarawak bersifat peramah dan menerima siapa saja yang datang ke Sarawak dan isu rasis ini kurang diperkatakan kerana mereka faham adat budaya dan agama masing-masing. Perkara ini timbul apabila ada puak pelampau yang suka mencetuskan masalah ini.

Jadi ingat! Islam mengajar orang Melayu bahawa kesabaran itu ada batas sempadannya. Hanya Melayu yang terlalu bodoh dan lemah roh Islam serta hilang jiwa bangsanya sahaja tidak peka, sehingga hilang jati diri di atas tanah airnya sendiri.” seperti kata Tuan Guru presiden PAS.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru