Monday, June 27, 2022

Tangani banjir di Bintulu secara bersama

Secara Rawak

BINTULU: Menjelang musim tengkujuh ini, beberapa kawasan di Bintulu dikhuatiri akan mengalami banjir akibat hujan lebat dan berterusan dan tindakan segera perlu dilakukan agar ianya tidak menjejaskan rakyat.

Datuk Haji Talib Zulpilip Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) berkata masalah banjir ini perlu diselesaikan segera dan ia perlu mendapat sokongan semua pihak dalam memastikan kejadian banjir ini dapat ditangani secara bersama.

“Isu banjir ini akan diselesaikan dengan segera dengan memastikan tiada banjir berlaku menjelang musim tengkujuh akan datang ini.

“Ini termasuklah banjir kilat yang berlaku disebabkan longkang atau parit tersumbat. Tindakan segera akan diambil oleh pihak berwajib,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Isu Banjir Kampung Kemunting di Pejabat Residen Bintulu, pada Rabu.

Datuk Haji Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak turut memberitahu usaha menangani banjir ini akan ditangani secara serta merta dengan bantuan semua pihak.

“Masalah banjir akan ditangani secara serta merta.

“Dalam hal ini, Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) akan menjalankan tindakan serta selain membuat sistem peparitan yang baharu.

Ini dilakukan untuk rakyat dan komuniti supaya kejadian banjir kilat tidak lagi berlaku dan boleh ditangani dengan pantas,” ujarnya.

Justeru, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di setiap kawasan di Bintulu ini perlu memantau kawasan masing-masing dan melaporkannya kepada BDA dan Residen sekiranya berlaku banjir termasuk banjir kilat.

Begitu juga jika melihat ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sehingga boleh menyebabkan banjir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru