Sunday, June 26, 2022

Majukan tanah untuk jana pendapatan keluarga

Secara Rawak

BAU: Masyarakat luar bandar perlu memanfaatkan tanah yang dimiliki untuk meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi keluarga mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, banyak kaedah sedia ada yang boleh digunapakai untuk mengusahakan tanah mereka.

Justeru katanya, penduduk kampung perlu mengambil peluang dengan memanfaatkan skim atau peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk memajukan tanah.

Beliau berkata demikian semasa Taklimat Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Bagi Kawasan Singai, Bau, pada Khamis.

Henry menambah, banyak tanaman yang berpotensi untuk diusahakan daripada membiarkan tanah yang dimiliki kosong dan tidak mendatangkan hasil.

Katanya, tanaman seperti nanas, jagung, kopi dan sebagainya boleh diusahakan kerana ia mampu menjana pendapatan tambahan.

Sementara itu, beliau memberitahu, program tersebut bertujuan mendedahkan masyarakat luar bandar khususnya golongan Bumiputera kepada kaedah untuk membangunkan tanah NCR mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru