GORAKHPUR: Ketua polis Gorakhpur, Uttar Pradesh, India menembak mati anak lelakinya sendiri di balai polis.

Arvind Yadav bertengkar dengan anaknya Vikas di balai sehingga dia melepaskan tembakan terhadap anaknya

Memetik RT pada Jumaat, Timbalan Superintenden Polis Sumit Shukla, Arvind ditangkap dan senjata disita.

Vikas anak Arvind dari isteri pertamanya yang tinggal di Ghazipur. Tidak jelas isu yang menjadi punca pertengkaran sengit tersebut.