TOKYO: Dituduh memberi hadiah tembikai, oren, telur ikan, jeli dan ketam kepada pengundi, Menteri Perdagangan Jepun, Isshu Sugawara, meletak jawatan.

Tindakan tersebut dianggap melanggar undang-undang pilihan raya Jepun

Isshu juga didakwa menawarkan “wang takziah” 20,000 yen (RM770) kepada keluarga penyokong.

Undang-undang pilihan raya Jepun melarang ahli politik memberi sumbangan kepada pengundi di kawasan mereka.

Tuduhan ini mulanya muncul dalam majalah Shukan Bunshun. Di Jepun, terdapat adat memberi wang berkabung kepada ahli keluarga yang hilang, yang dikenali sebagai “wang kemenyan”.

Terdapat juga surat terima kasih diterima Isshu daripada penerima hadiah tersebut.

“Saya tidak mahu masalah saya melambatkan parlimen membuat keputusan,” kata Isshu.

Perdana Menteri Shinzo Abe pula memohin maaf kepada rakyat dan mengaku melantik Isshu.