Wednesday, June 29, 2022

Jom uji diri dalam Mulu Eco-Challenge 2019

Secara Rawak

MIRI: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Miri dan Grit Management akan menganjurkan Mulu Eco-Challenge 2019 (Trail Running & Rafting).

Menurut Residen Bahagian Miri Haji Mastapa bin Haji Julaihi, Mulu Eco-Challenge 2019 ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan yang dimasukkan di dalam Kalendar Pelancongan Bahagian Miri.

“Program Mulu Eco-Challenge 2019 (Trail Running & Rafting) ini merupakan siri kedua selepas siri pertama diadakan pada tahun 2017 lalu.

“Siri kedua ini akan diadakan pada 15 hingga 16 November 2019 bertempat di Mulu Marriott Resort dan Spa Mulu,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Sidang Media “Mulu Eco-Challenge 2019” di Pejabat Residen Bahagian Miri, pada petang Khamis.

Beliau turut memaklumkan bahawa acara ini melibatkan penyertaan berpasukan yang perlu mengharungi larian dan berakit untuk sampai ke garisan penamat.

Turut diadakan program Sukan Rakyat bersama penduduk kampung dan peserta turut disajikan dengan makanan dan persembahan kebudayaan semasa Welcoming Dinner dan Appreciation Dinner.

“Acara ini melibatkan penyertaan secara berkumpulan seramai 4 orang setiap pasukan.

“Setiap pasukan akan berlari sejauh 12 km di denai (trail) dan 5 km seterusnya dengan menggunakan rakit sehingga ke garisan penamat.

“Peserta yang berjaya menamatkan acara ini akan mendapat medal sebagai tanda cenderahati daripada penganjur,” ujarnya.

Penyertaan adalah terhad kepada 100 peserta/kumpulan sahaja dengan yuran penyertaan sebanyak RM100 seorang.

Mereka yang berminat menyertai “Mulu Eco-Challenge 2019” boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web berikut www.muluecochallenge.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru