YOKOHAMA: Berlian 50 karat bernilai 200 juta Yen (RM7.7 juta) hilang dari pameran perhiasan di Yokohama, Khamis lepas menurut polis seperti dilaporkan AFP pada Jumaat.

Stesen televisyen Jepun NHK melaporkan pegawai mengaku sempat melihat aksi pelaku selepas kejadian.

Pameran jualan perhiasan itu berlangsung tiga hari disertai beberapa syarikat Jepun, Rusia, China, dan negara lain.

Foto hiasan