Monday, June 27, 2022

Beri kerjasama dalam projek pembangunan setempat – KSN Sarawak

Secara Rawak

SRI AMAN: Penduduk Rumah Panjang Johnson, Seduku Panjai di Lingga dimohon memberi kerjasama kepada agensi kerajaan dalam pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur di situ.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion berkata, penduduk rumah panjang juga perlu bersabar kerana setiap projek pembangunan dilakukan secara berperingkat.

Katanya, setakat ini projek tersebut giat dilaksanakan dan berjalan lancar.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja rasmi meninjau status terkini perkembangan projek pembangunan insfrastruktur di Rumah Panjang Johnson, Seduku Panjai, Lingga pada Khamis.

Sementara itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih di atas projek RTP Parlimen Batang Lupar yang turut menyumbang kepada pembangunan asas di rumah panjang tersebut.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Pejabat Residen Bahagian Sri Aman serta agensi kerajaan lain yang telah banyak membantu serta berharap projek yang dibawa tidak berhenti setakat itu sahaja. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru