Austin Davis, 20, didera fizikal oleh ayahnya semasa dia masih kecil.

Dia tinggal bersama datuk dan neneknya, namun kesan penderaan menyebabkan dia menghadapi masalah tekanan traumatik.

Kehidupan sosial Austin menghadapi impak negatif. Dia tidak suka makan di luar rumah dan turut memilih kawan.

Austin mengalami kondisi mental yang menyebabkannya bertindak mengeluarkan reaksi negatif terhadap makanan baru.

Akibat trauma kesan penderaan, Austin makan dapat burger dan keju sahaja.

Sejak 17 tahun lalu dia makan makaroni dan keju serta menolak makanan lain. Menurut Austin, dia tidak memilih makanan, tetapi hanya makanan tersebut sahaja dapat diterima badannya.

Dia cuba makan makanan lain, namun badannya enggan menerima makanan tersebut walaupun sedap sebab dia memuntahkan semula makanan berkenaan.