ATHENS: Dua jururawat kembar seiras Tori Howard, 26, dan Tara Drinkard terlibat bersama-sama kumpulan doktor dan jururawat lain membidani ibu yang melahirkan anak yang juga sepasang kembar seiras.

Anak kembar itu Addison dan Emma Williams dilahirkan melalui pembedahan Ceasearian di Pusat Perubatan Wilayah Piedmont Athens.

Berita awal menyebut anak kembar pasangan Brannan dan Rebecca Williams itu disambut jururawat pasangan kembar membuat mereka rasa teruja.

Brannan berkata, apabila anak-anaknya dewasa kelak dia akan menceritakan kisah kelahiran sensasi mereka dan berharap hubungan keluarganya dengan Tori dan Tara akan kekal selamanya.