NEW DELHI: Katanya demi meningkatkan ghairah seks, lelaki India bernama Yarlen sanggup memotong dan memakan organ kemaluan beruang.

Akibatnya dia ditangkap Sabtu lepas di Gujarat setelah bertahun-tahun diburu polis.

Pegawai Jabatan Hutan Madhya Pradesh, Ritesh Sirothia memberitahu BBC pada Khamis, polis membuat sel khusus untuk menahan Yarlen yang dicari selama enam tahun.

Siasatan awal mendapati terdapat bangkai beruang sloth tanpa alat kelamin di Taman Negara Kanha.

Yarlen dari suku nomad Pardhi-Behelia hidup di hutan dengan berburu percaya penis haiwan berfungsi sebagai perangsang ghairah seks.

Pada 2013, Yarlen pernah ditangkap setelah bangkai dua beruang ditemui tanpa alat kelamin.

Yarlen dipenjara setahun dan dibebaskan 2014.

Yarlen turut dikaitkan dengan enam kes pemburuan haiwan di India.