Monday, June 27, 2022

22 pemain futsal Kuching tampil di Bintulu esok

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 22 pemain futsal lelaki dan wanita dari bahagian Kuching akan menyertai Pertandingan Futsal MAKSAK di Bintulu pada esok dan lusa.

Timbalan Residen Bahagian Kuching, Tuah Suni berkata,  beliau berharap bahagian Kuching mampu mengekalkan kejuaraan bagi kategori futsal wanita yang dimenangi pada tahun lepas.

Katanya, pasukan futsal lelaki juga memiliki peluang yang baik untuk mencipta kejayaan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Bendera MAKSAK Bahagian Kuching di Pejabat Residen, pada Khamis.

Sementara itu, Taha memberitahu, penganjuran MAKSAK antara bahagian diadakan bagi memupuk hubungan dan kerjasama yang baik dalam kalangan penjawat awam Sarawak melalui aktiviti sukan. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru