Tuesday, June 28, 2022

Sarawak dapat lahirkan Jack Ma

Secara Rawak

KUCHING:  Dasar pendidikan perlu diubah bagi memastikan negara dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kata Ketua Menteri.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hasrat Sarawak muncul sebagai negeri yang mantap dari segi ekonomi digital dan seterusnya melahirkan lebih ramai tokoh seperti Jack Ma hanya dapat dimungkinkan jika dasar pendidikan memberikan perhatian serius terhadap pemupukan pemikiran kritis.

Katanya, jika pelajar mempunyai pemikiran kritis, mereka akan dapat mencerakin maklumat secara objektif, serta menilai sumber seperti data, fakta fenomena dan dapatan kajian sebelum membuat penilaian wajar.

“Sarawak kini dalam proses menuju ekonomi digital, dan kita tentunya memerlukan lebih banyak anak muda yang bagus dalam sains dan matematik supaya kita dapat  lahirkan Jack Ma sendiri,” katanya merujuk kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ali Bapa.

Kata Abang Johari, bukan mustahil anak Sarawak dapat membangunkan platform e-dagang seperti Jack Ma untuk maju dalam ekonomi digital.

Jack Ma, 54, dilahirkan di Hangzhou, Zheijiang, China mempunyai nilai RM93.3 bilion.

Bagaimanapun, kata Abang Johari, usaha tersebut perlu dimulakan dari peringkat awal.

“Jika Jack Ma dapat lakukan, anak Sarawak juga dapat lakukan perkara sama,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Penutupan Ekspo Ciptaan, Inovasi dan Rekaan Sarawak )Siidex) 2019 di sini, semalam. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru