Seorang wanita membuat laporan polis terhadap tindakan kawan-kawannya yang memberinya makan nuget ketika dia mabuk.

Dia mendapat tahu mereka berbuat demikian selepas menemui status berkaitannya di laman sosial.

Selepas memberinya makan nuget mereka dikatakan mempersendakannya di laman sosial.

Wanita berusia 24 tahun itu sudah menjadi pemakan sayur selama 24 tahun dan tidak pernah lagi makan daging.

Ketika itu dia baru berusia 3 atau 4 tahun. Menurutnya dietnya yang hanya memakan sayur itu tidak pernah dirahsiakan dan semua orang mengenalinya tahu dan menghormati pilihannya.

Ketika dia dan rakannya menghadiri majlis, dia mabuk dan rakannya mengambil peluang mempermainkannya.

Menurutnya sebelum makan nuget yang disediakan, dia sudah bertanya sama ada ia nuget sayuran dan mereka menjawab ya.

Keesokan harinya, kakaknya menghubunginya memintanya memeriksa laman Snapchat rakannya.

Ternyata mereka menipunya tentang nuget itu. Ekoran itu wanita terbabit membuat laporan polis dan menggunakan video tersebut sebagai bukti.

Berikutan laporan itu, tiga rakannya kini berdepan tindakan undang-undang.