Monday, June 27, 2022

Lelaki rogol  kanak-kanak hingga hamil di Sibu

Secara Rawak

SIBU:  Seorang lelaki tega atau sampai hati merogol kanak-kanak berusia 12 tahun.

Lebih tidak bertanggungjawab, kanak-kanak tersebut ialah anak teman wanitanya. Dan, lebih teruk lagi, kanak-kanak itu dirogol sehingga mengandung.

Suspek  berusia 30-an  sebelum itu tinggal bersama-sama mangsa dan ibunya di sebuah rumah pekerja di Jalan Teku di sini.

Rupanya dia musang berbulu ayam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit  dalam satu kenyataan berkata, suspek berjaya diberkas di sebuah rumah pekerja di Teku tengah malam semalam.

Ini susulan  laporan berhubung kes  diterima pada pukul 9.45 malam pada Selasa.

Mangsa dikatakan tidak datang haid selama dua bulan.

“Mangsa dibawa ke sebuah klinik di Jalan Teku sebelum dirujuk ke Hospital Sibu dan pegawai perubatan mengesahkan anggaran kandungan mangsa sudah adalah dua bulan berdasarkan tarikh akhir mangsa datang haid,” katanya.

Katanya lagi, kanak-kanak tersebut dijadualkan menjalani pemeriksaan lanjut di pakar sakit puan hari ini.

Jelas Stanley, siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bersekolah juga merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Stanley berkata, berdasarkan keterangan pengadu, 42,  yang juga ibu saudara kanak-kanak itu, ibu saudaranya bimbang mangsa didapati tiada selera makan dan dalam keadaan lemah.

“Disebabkan menyedari mangsa tidak datang haid selama dua bulan, dia bersama ibu kandung mangsa membawa kanak-kanak tersebut ke klinik untuk pemeriksaan,” katanya lagi.

Stanley memberitahu mangsa memaklumkan dia dirogol oleh teman lelaki ibunya lebih kurang lima kali di rumah pekerja sejak Mei hingga Julai lepas. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru