Monday, June 27, 2022

Lebih banyak peluang perniagaan antara Sarawak dengan Singapura

Secara Rawak

KUCHING: Pembukaan Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (STATOS) telah mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan di antara Sarawak dan Singapura.

Seramai lebih 28 ahli perniagaan ataupun komuniti perniagaan daripada Singapura telah mengambil bahagian dalam lawatan pada kali ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan, ahli delegasi tersebut datang daripada pelbagai latar belakang agensi dan syarikat.

Jelasnya, Sarawak dilihat sebagai negeri yang mempunyai banyak peluang perniagaan dan beliau percaya akan lebih ramai ahli perniagaan yang akan melabur di sini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru