Monday, June 27, 2022

Kadar tambang MASWings untuk pelancong asing tidak jadi naik

Secara Rawak

KUCHING:  Kerajaan Sarawak menyambut baik keputusan MASWings tidak meneruskan cadangan untuk menaikkan kadar tambang terhadap pelancong di negeri ini yang sepatutnya berkuat kuasa 1 November ini.

Langkah itu jika diteruskan kata Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin  bukan saja tidak wajar, tetapi memberi kesan besar terhadap industri pelancongan di Sarawak.

Kim Sin berkata beliau menerima maklum balas daripada Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Aminuddin Zakaria mengenai perkara tersebut.

Jika ikut kadar baharu, tambang pergi balik dari Miri-Mulu meninghkat tiga kali ganda antara RM314 hingga RM946.

Bagi laluan Kuching-Mulu  tambang pelancong asing ialah RM1,386. 

“Dengan  kadar tambang sedemikian mereka pasti akan memilih destinasi lain yang turut menawarkan kadar hampir sama,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Stesen Isi Semula dan Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu Sarawak Energy Berhad (SEB) di Pending di sini, semalam.

Sebelum ini, Kim Shin menggesa kepada MASwings dan Kementerian Pengangkutam Persekutuan agar  mengekalkan kadar tambang penerbangan yang dikenakan terhadap pelancong asing.

“Mengenakan kadar lebih tinggi kepada pelancong asing adalah tidak rasional dan  dapat menjejaskan industri pelancongan Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak MASwings kerana mengambil kira masalah ini. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru