JIANGSU: Zhou Xiaoshuai, dari Xuyi, Jiangsu menghabiskan 35,000 yuan (AS$4,935 bersamaan RM21,000) membina vila untuk dua ekor anjingnya Huskie dan Shiba Inu.

Rumah dua tingkat itu turut dilengkapi kolam renang dan pendingin hawa.

Rumah mereka juga mempunyai projektor yang digunakan untuk kedua-dua anjing ini menonton filem kartun dan video lain.

Menurut Zhou, tujuan rumah ini dibuat bagi memastikan anjingnya berasa gembira dan selamat.

Dia pernah memelihara seekor anjing satu ketika dahulu dan kesal kerana tidak menjaganya dengan sempurna sebab terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Dia tidak mahu perkara serupa berlaku kepada dua anjingnya ini.