Monday, June 27, 2022

Tindakan Ronnie Liu biadab, kata Dr Maszlee

Secara Rawak

KUCHING: Tindakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu merendah-rendahkan parti komponen lain disifatkan sebagai biadab dan sangat tidak berasas.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut hanya akan membawa lebih banyak perpecahan dan membantutkan agenda reformasi yang dilaksanakan Pakatan Harapan.

Malah, kata Dr maszlee yang juga Menteri Pendidikan, mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga tanggungjawab bersama.

“Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara,’ katanya dalam kenyataan melalui Facebooknya hari ini.

”Kedua perkara inilah yang membina negara kita,” katanya lagi.

Ronnie sebelum ini menyatakan gabungan PH akan kekal kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa Bersatu.

Beliau dipetik berkata sebagai mendakwa Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan PH.

“Sebagai Menteri Pendidikan, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.

“KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah-sekolah di bawah KPM,” jelasnya.

Jelas beliau, semua sekolah yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak disebarluaskan.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru