Sunday, June 26, 2022

Survei tanah adat bukan untuk rampas hak rakyat

Secara Rawak

MIRI:  Datuk Amar Douglas Uggah Embas Uggah menafikan dakwaan  nakal pihak tertentu bahawa Kerajaan Sarawak berhasrat “merampas” Tanah Adat Bumiputera  (NCR) melalui kajian perimeter yang kini dijalankan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri menjelaskan bahawa operasi yang dijalankan itu bertujuan mengenal pasti tanah adat di negeri ini, dan bukannya helah untuk mengambil tanah rakyat seperti didakwa pihak tertentu yang jelas bermotif jahat.

Beliau memberi jaminan kepada masyarakat Orang Ulu bahawa operasi survei perimeter di bawah Seksyen 6 akan diperluaskan ke kawasan masing-masing mengikut permintaan mereka.

“Operasi adalah untuk mengenal pasti tanah NCR mereka daripada tanah kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bertemu rakyat di Kampung Long Jeeh, Baram di sini semalam.

Beliau menjelaskan, kajian itu akan diperluaskan ke kawasan lain di Baram.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru