Monday, June 27, 2022

Mansuh aliran sastera dan sains: Kajian lebih mendalam diperlukan

Secara Rawak

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)   melakukan kajian lebih mendalam sebelum melaksanakan cadangan pemansuhan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah.

Presidennya Macky Joseph berkata, kementerian sepatutnya berunding dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk kesatuan guru seperti STU memandangkan langkah tersebut mendatangkan kesan besar kepada sistem pendidikan negara.

“Pertama , pihak kementerian harus mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk kesatuan guru,” katanya dalam satu kenyataan.

Macky berkata selain itu, STU memohon agar kementerian prihatin terhadap aspek keselamatan dan  persekitaran kondusif kepada guru dan pelajar.

“STU berharap pihak kementerian menyelesaikan masalah kemudahan daif di kawasan pedalaman terlebih dahulu,” ujarnya.

Jelas beliau, isu sekolah daif merupakan keutamaan utama yang perlu ditangani9.

“Utamakan yang paling penting dahulu,” jelasnya.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini dipetik berkata,   bahawa aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.

Jelasnya, usaha tersebut dicadangkan Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia.

Namun dalam kenyataan terkini, beliau berkata, kementerian belum memutuskan pelaksanaan pemansuhan aliran sastera dan sains mulai tahun depan. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru