JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi menampilkan seorang pengusaha muda, Nadiem Makarim sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.

Ketua Pegawai Gojek itu mengisi jawatan yang sebelumnya diisi Muhadjir Effendi untuk penggal pertama kepemimpinan Jokowi.

“Saya panggil mas saja, kerana masih muda. Mas Nadiem Makarim, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan,” ucap Jokowi, Rabu sewaktu majlis pengumuman menteri kabinet di istana Negara pagi tadi seperti dipetik CNN Indonesia.

Gojek, perusahaan yang awalnya bergerak di bidang pengangkutan dalam talian, namun sekarang menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan mulai dari pengantaran makanan dan barang, hingga pembayaran digital.

Nadiem lahir daripada pasangan Nono Anwar Makarim dan Atika Algadrie.

Beliau merupakan satu-satunya anak lelaki daripada tiga bersaudara.
Ayahnya, Nono Anwar Makarim merupakan seorang pengacara keturunan Arab asal Pekalongan, Jawa Tengah.

“Ayahnya merupakan seorang peguam dengan gelar Doktor Ilmu Hukum lulusan Harvard, manakala ibunya, Atika Algadrie merupakan seorang yang bekerja di bidang non-profit,” lapor CNN.

Nadiem menyelesaikan sekolah menengah atas di negara kelahirannya, Singapura.

Pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Perhubungan Antarabangsa di Brown University, Amerika Syarikat.

Saat berkuliah ia sempat mengikuti pertukaran pelajar di London School of Economics.

Selesai pendidikan sarjana, Nadiem melanjutkan pendidikan S2 di Harvard University Business School.

Selesai bersekolah ia kembali ke Indonesia dan bekerja untuk perusahaan pengurusan konsultasi McKinsey, lembaga perundingan ternama yang berpangkalan di Jakarta pada 2006.

Nadiem meletak jawatan di firma perkhidmatan teksi motosikal e-hailing itu dua hari lalu untuk menganggotai kabinet Indonesia Isnin lalu.

Gojek dalam satu kenyataan berkata, Presiden Andre Soelistyo dan seorang lagi pengasas bersama Kevin Aluwi akan bergabung sebagai ketua pegawai eksekutif firma bernilai AS$10 bilion (RM41.81 bilion) itu.

Nadiem, 35, dipetik media sebagai berkata, beliau berbesar hati diberi peluang untuk menyertai Kabinet.

Namun media melaporkan, pengemudi ojek online (ojol) yang tergabung dalam Gabungan
Bahkan mereka mengancam mengerahkan massa dalam jumlah besar apabila Nadiem menerima tawaran Jokowi.