Monday, June 27, 2022

Hasidah tinjau kantin SK Siol Kanan roboh

Secara Rawak

PETRA JAYA: Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman melawat SK Siol Kanan di Petra Jaya pada Selasa.

Beliau meninjau bangunan kantin sekolah terbabit yang roboh Jumaat minggu lepas.

Menurut catatan di Facebook N7 Samariang Maju dan Progresif, pihak Jabatan Pendidikan Negeri sedia membina semula kantin yang roboh itu.

Pihak Hasidah sendiri berbincang dan bersetuju agar sekolah ini diperiksa keseluruhannya oleh pihak Forensik dari JKR memastikan struktur bangunan sekolah dan persekitaran bangunan pentadbiran yang menempatkan guru dan bilik darjah murid dalam keadaan selamat.

Selepas itu, Hasidah turut melihat tapak parkir kereta sekolah yang siap di naik taraf dari peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dun Samariang.

Foto FB: N7 Samariang Maju dan Progresif

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru