Tuesday, June 28, 2022

Graduan Universiti Swinburne dapat sambutan majikan

Secara Rawak

KUCHING:  Ketika ini kadar kebolehpasaran graduan Swinburne secara keseluruhan ialah kira-kira 92 peratus, sekali gus meletakkannya dalam senarai JobStreet.com ke-10 teratas universiti swasta pilihan di Malaysia.

Kata kenyataan yang diedarkan sempena majlis konvokesyen universiti itu di BCCK di sini semalam, graduan Swinburne bekerja dengan organisasi berprestij dan perniagaan antarabangsa seperti KPMG, Ernst & Young (EY), Shell, Petronas, Intel, IBM, Facebook, Google, Pfizer dan syarikat multinasional terkemuka.

Universiti Swinburne Sarawak ialah satu-satunya kampus antarabangsa Universiti Teknologi Swinburne yang berpangkalan di Melbourne, Australia.

Kursus yang ditawarkan dan penilaian adalah setaraf dengan sukatan pembelajaran kampus Melbourne.

Sebanyak 314 graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang dalam satu majlis konvokesyen di sini, semalam.

Majlis itu menyaksikan 137 graduan menerima sijil, 159 graduan ijazah sarjana muda, lapan sarjana dan sepuluh PhD.

Penganugerahan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Pro Canselor.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru