Tuesday, August 16, 2022

Edar komik: Ambil tindakan terhadap dalang

Secara Rawak

KUCHING: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas ke atas dalang bagi isu penyebaran komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” yang menjadi kontroversi hangat kalangan masyarakat awam dan di dalam Dewan Rakyat.

Ketua penerangannya Mohd Nor Hamzah berkata, amat dikesali apabila komik kontroversi tersebut diedarkan ke sekolah sedangkan isi kandungan yang terdapat dalamnya jelas sekali bercanggah dengan fakta sejarah malah ia boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang berniat jahat.

Tegasnya, DUPP membantah sekeras-kerasnya komik kontroversi tersebut dengan kerana ia merupakan cubaan penafian sejarah asal Tanah Melayu sedangkan sedia maklum bahawa Tanah Melayu ini penduduk asalnya dipenghuni oleh kaum Melayu

“Dan cubaan penafian tersebut berniat jahat bagi menjayakan agenda Malaysian Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Malang sekali, katanya komik tersebut cuba mendoktrin para pembaca kalangan pelajar sekolah dengan idealogi seleweng kononnya Bintang 3 dan Komunis dilihat hero dalam isu memerdekakan negara.

“Dalang edaran komik tersebut ke sekolah-sekolah kerana jelas melanggar etika persekolahan dalam cubaan mendoktrin para pelajar dengan sesuatu yang jelas bertentangan,” katanya lagi.

“Justeru, DUPP menyarankan orang ramai di setiap peringkat untuk mengambil langkah yang proaktif dengan membuat laporan polis bagi memastikan satu tindakan serius lagi tegas untuk menangani doktrin jahat ini,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru