Monday, June 27, 2022

Swinburne University of Technology adakan Majlis Konvokesyen 2019 di BCCK

Secara Rawak

KUCHING: Swinburne University of Technology hari ini meraikan 314 para graduan di Majlis Konvokesyen yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching yang dihadiri lebih seribu ahli keluarga dan rakan-rakan graduan.

Penganugerahan sijil disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku pro-conselor Swinburne Sarawak dan Profesor Linda Kristjanson AO selaku Naib Canselor.

Daripada kesemua graduan yang diraikan, seramai 137 graduan dari pengajian Bacelor Perniagaan dalam program Perakaunan; Perakaunan dan Kewangan; Kewangan; Pengurusan Sumber Manusia; Perniagaan Antarabangsa; Pengurusan dan Pemasaran serta pengajian Bacelor Reka Bentuk dalam program Reka Bentuk Multimedia.

Manakala 159 graduan dari pengajian Bacelor Kejuruteraan (Kepujian) dalam program Sivil; Eletrikal dan Elektronik; Mekanikal; Robotik dan Mekatronik; dan Kimia serta pengajian Bacelor Sains (Bioteknologi), Bacelor Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Bacelor Sains Komputer.

Sementara itu, lapan graduan pascasiswazah dalam program Sarjana Pengurusan Perniagaan (Antarabangsa), Sarjana Sains (Penyelidikan) dan Sarjana Perniagaan (Penyelidikan).

Turut menerima anugerah, 10 graduan Doktor Falsafah dalam program kejuruteraan, sains dan perniagaan.

Graduan Swinburne kali ini terdiri daripada graduan dari negara lain seperti Afghanistan, Bangladesh, Mesir, India, Indonesia, Kenya, Mauritis, Nigeria, Oman, Pakistan, Korea Selatan, Sri Lanka dan Vietnam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru