Monday, June 27, 2022

Operasi rasmi rabies bermula 11-20 November

Secara Rawak

BELURU: Bermula 11 hingga 20 November depan, Operasi Bersepadu Rabies Fasa 8 melibatkan Daerah Marudi, Daerah Beluru dan Daerah Telang Usan akan diadakan secara berperingkat.

Menurut Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling operasi tersebut akan dibahagikan kepada empat peringkat.

“Untuk Daerah Marudi akan diadakan ‘sweeping’ selama dua hari bermula 11 hingga 12 November 2019.

“Bagi Daerah Beluru pula ‘sweeping’ akan diadakan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 November 2019.

“Manakala, Daerah Telang Usan pula ‘sweeping’ akan diadakan bermula 15 hingga 18 November 2019 selama tiga hari.

“Sementara itu, kerja-kerja ‘mopping’ akan dilakukan pada 19 November dan ‘post mortem’ pula diadakan pada 20 November 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengoperasian Bersepadu Fasa 8 Bagi Menangani Wabak Rabies di Daerah Marudi, Daerah Beluru dan Daerah Telang Usan di Dewan Masyarakat Beluru pada Selasa.

Tambah Alfred lagi, pihaknya akan mengadakan Kempen Kesedaran Penyakit Rabies terlebih dahulu yang dijadualkan diadakan di tiga daerah tersebut.

“Daerah Marudi diadakan di Dewan Suarah Marudi pada 5 November 2019, Daerah Beluru diadakan di Dewan Masyarakat Beluru pada 8 November 2019 dan Daerah Telang Usan tempat dan Tarikh akan dimaklumkan kemudian dalam masa terdekat,” tambahnya.

Seramai 170 orang petugas yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan akan terlibat dalam Operasi Bersepadu Rabies Fasa 8 ini melibatkan penggunaan 34 buah kenderaan 4WD dan 6 buah perahu panjang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru