Monday, June 27, 2022

Anak-anak berhak dapat pendidikan sempurna

Secara Rawak

DARO: Pendidikan sangat dekat dihatinya dan atas sebab itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee bin Haji Ahmad telah memasukkan bidang pendidikan di dalam manifesto pada pilihan raya dahulu.

Menurutnya, bidang pendidikan sangat penting kerana setiap daripada kita berhak mendapat pendidikan yang sempurna sejak dari kanak-kanak lagi.

“Guru TADIKA diminta untuk mengenal pasti dan mencari anak-anak untuk diberikan pendidikan di peringkat pendidikan asas seperti TADIKA supaya tiada anak-anak kita tercicir dalam pendidikan,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Cek MRP Kepada TADIKA KEMAS dan TASKA KEMAS di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro pada Isnin.

Beliau menambah, pendidikan awal anak-anak sangat penting dalam usaha melatih dan membentuk pemikiran sejak dari kecil lagi.

“Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting kerana melatih anak-anak di peringkat ini adalah penting dalam membentuk pendidikan mereka,” tambahnya.

Pada majlis itu, Safiee telah mengagihkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM81,000 kepada 24 buah TADIKA KEMAS dan sebuah TASKA KEMAS yang ada di kawasan DUN Daro.

Hadir sama wakil Pejabat Daerah Daro SAO Yusuf bin Hossien dan Pegawai KEMAS Daro Mohd Asri bin Chin.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru