ABU DHABI: Mutiara didakwa arkeologi sudah wujud zaman Neolitik berusia 8,000 bakal dipamerkan kepada khalayak di Abu Dhabi.

Pameran “10.000 Tahun Kemewahan” dibuka 30 Oktober di Muzium Louvre Abu Dhabi.

Abu Dhabi Pearl tersebut dijumpai di lantai sebuah ruangan yang digali di Pulau Marawah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi berkata lapisan mutiara itu diri daripada karbon wujud 5,800 hingga 5,600 tahun Sebelum Masihi.

Pakar percaya mutiara tersebut diperdagangkan dengan Mesopotamia atau Iraq kuno.

Ekonomi UAE pernah berteraskan industri mutiara sebelum beralih kepada industri minyak.

Perniagaan mutiara UAE runtuh pada 1930-an apabila Jepun muncul dengan mutiara yang “dipelihara”, serta akibat konflik menggoncang ekonomi global.

MUtiara 8,000 tahun