CANBERRA: Beberapa akhbar arus perdana Australia, The Australian, The Sydney Morning Herald, The Daily Telegraph dan Australian Financial Review, hari ini memuatkan muka depan dengan tulisan dihitamkan atau dihapuskan.

Laporan menyebut situasi tersebut sebahagian daripada kempen melawan “kerahsiaan” dan peraturan kerajaan yang cuba mengehadkan laporan media yang dianggap sebagai mengancam kebebasan dunia akhbar.

Iklan kempen tersebut turut dilancarkan di media elektronik Australia dengan soalan” “Ketika kerajaan sembunyikan kebenaran daripada anda, apa yang mereka cuba tutupkan?”

Akhbar Australia meminta rakyat harus selalu curiga terhadap kerajaan yang mahu mengehadkan hak mereka.

Kredit foto : Twitter @withMEAA