SEPASANG kekasih yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ini dilaporkan sedang mencari tukang masak yang pakar memasak bangkai haiwan.

Bayaran yang bakal diterima tukang masak itu agak lumayan iaitu £5,000 (RM20,000). Pasangan itu dikatakan menyediakan 20 kilogram bangkai haiwan seperti tupai, ayam, arnab, kijang dan sedang mencari tukang masak yang berpengalaman memasak daging haiwan liar.

Tukang masak itu harus mahir memotong dan memasak haiwanhaiwan itu sehingga tetamu tidak sedar mereka dihidangkan bangkai haiwan liar.

Menurut pasangan itu, mereka sudah mengamalkan makan haiwan yang tidak disembelih sejak tiga tahun lalu untuk mengelak pembaziran.

Ekoran itu, mereka cuba mengelak pembaziran dalam perkahwinan dengan menjamu tetamu dengan bangkai haiwan.

Memakan bangkai haiwan yang mati akibat di langgar kereta atau sakit adalah sah di United Kingdom dengan syarat mereka tidak sengaja melanggar atau menjual daging haiwan tersebut.