BENGALURU: Warga desa Kanakapura, 60 kilometer dari Kota Bengaluru menjumpai kulit ular yang dipercayai milik ular berkepala tujuh, berhampiran kuil.

Penemuan kulit ular berkepala tujuh ini viral di Desa Marigowdana Doddi kemudian tersebar di televisyen dan sosial media.

Warga desa, Prashanth MN mendakwa, kulit ular hampir serupa turut ditemui enam bulan lalu.

Memetik Times of India, warga bernama Ballapa menemui kulit ular tersebut di ladang milik penduduk sekitar 3 meter dari kuil.

Pakar ular, Ramu P ragu-ragu mendengar kisah ini kerana setakat ini hanya ular kepala dua pernah dijumpai.