Ketika memandu keretanya, wanita tiba-tiba tercium bau hangus dan mendengar bunyi pelik dari hud keretanya.

Sebaik sahaja memuka hud kereta, dia terkejut mendapati ia dipenuhi rumput dan lebih 200 biji kacang walnut.

Walnut itu dipercayai dikumpul seekor tupai dan disimpan di dalam hud kereta.

Holly Persic memberitahu sudah lama dia tidak membuka bahagian hadapan keretanya itu dan percaya tupai terbabit menyimpan makanannya di situ sebagai bekalan untuk musim sejuk.

Kacang itu bertaburan di merata tempat dan kacang yang diletakkan di atas enjin kereta hangus sehingga mengeluarkan bau seperti dipanggang.

Menurut Holly mereka menanam pokok walnut dan sedar kacangnya tidak kelihatan di tanah sedangkan ia sudah mula gugur dari pokok tersebut beberapa minggu lalu.