TOKYO: Seramai 35 orang maut akibat taufan Hagibis melanda Jepun akhir minggu lepas.

Angin kencang dengan hujan deras menyebabkan berlaku banjir dan terputusnya bekalan elektrik di beberapa daerah.

Selain manusia, turut terkesan akibat fenomena kali ini ialah tikus yang menghuni Tokyo.

Rakaman video yang dimuat naik di Twitter menggambarkan situasi ini pada tengah malam, selepas hujan lebat berhenti kesan daripada taufan Hagibis.

Tikus berkeliaran di jalanan Shibuya menampilkan pemandangan menakutkan di daerah Tokyo yang sepi selepas fenomena taufan berlalu.

Video lain pelbagai saiz keluar dari persembunyian dengan ada yang memasuki kedai di sepanjang jalan di Shibuya.