LINYI: Pasukan bomba menyelamatkan budak lelaki berusia 4 tahun yang kepalanya tersepit pada jeriji keselamatan di rumahnya.

Dia tergantung lebih 15 minit di luar tingkap pangsapuri keluarganyanya setinggi empat tingkat itu.

Insiden ini berlaku di Linyi, China dan ketika kejadian kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu tiada di rumahnya.

Dia dikatakan terjatuh ketika hendak turun dari tingkap rumahnya, mujurlah datuknya yang ketika itu tidur terdengar teriakannya meminta tolong.

Sementara menunggu kedatangan bomba jiran meletakkan selimut di lantai sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya budak itu jatuh.

Bomba mengikat tali pada bahagian dada budak tersebut dan kemudian menariknya keluar perlahan-lahan selepas jeriji terbabit diregangkan.