KUALA LUMPUR:  Jawapan Ahli Parlimen  Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang peralihan kuasa semakin konkrit di sebalik keraguan pelbagai pihak mengenainya.

Menurut Anwar,  janji tentang peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada beliau sebenarnya telah terkandung dalam perjanjian dimeterai pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari 2018.

Sebelum ada pemimpin PH berkata, tiada perjanjian sedemikian secara bertulis.

Perkara itu didedahkan Anwar sendiri ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Presiden PKR itu,  perjanjian itu menetapkan Dr Mahathir dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri  apabila tiba waktunya kelak.

“Soal transisi saya sudah ulang. Pertama, bukan terletak kepada Port Dickson (Anwar) dan Langkawi (Dr Mahathir). Ini soal perjanjian yang telah ditermeterai pada 7 Januari 2018, ditandatangan oleh semua pimpinan (PH) tapi tidak ditandatangani Presiden UMNO,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

“Perjanjian bahawa andai PH menang, maka Dr Mahathir akan diangkat sebagai Perdana Menteri dan (Dr) Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Anwar sementara itu meringkuk dalam penjara setelah dibebaskan dan layak bertanding. Peralihan kuasa akan berlaku itu jelas,” katanya.