DARO: Pasukan Daerah Mukah merangkul pingat emas Pertandingan Bola Sepak Kategori Veteran sempena Pesta PSKPP Peringkat Bahagian Mukah yang telah diadakan di SK Hijrah Badong, Daro.

Dalam perlawanan pertama, Mukah menewaskan pasukan utama tuan tuan rumah, Daro A dengan jaringan 3-1.

Manakala pada perlawanan kedua berjaya menidakkan cabaran getir pasukan Daro B dengan jaringan 1-0.

Pasukan Dalat berjaya menyaingi kehebatan Mukah apabila mengikat perlawanan dengan tanpa jaringan.

Maka dengan dua kemenangan dan satu seri, Mukah menjuarai pertandingan tersebut. Pasukan Daro B tempat kedua dan Dalat tempat ketiga.

“Saya berasa bangga dengan pasukan kerana telah memberi komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan ini,” ujar pengurus pasukan, Samsu Ismail.

Selain untuk mengeratkan silaturahim di kalangan warga pendidikan, objektif pertandingan ini ialah sebagai medan pemilihan pemain untuk pasukan bola sepak veteran PSKPP Bahagian Mukah yang akan menyertai Pesta PSKPP Sarawak 2019 pada 27 hingga 31 Oktober di Bandar Serian.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Hassan Sharbini.