Yang berjaya menghasilkan jari palsu menggunakan pencetak 3D untuk mereka yang putus atau hilang jari-jemari.

Jari mekanikal yang dihasilkan oleh Yang ini dipasang pada jari yang hilang dan ia boleh mengikut pergerakan jari-jemari yang lain sekali gus membolehkan pemakainya menggenggam objek.

Menurut Yang, idea menghasilkan jari palsu ini tercetus selepas dia menerima sepucuk surat dari pelajar berusia 16 tahun yang menyuarakan harapan ingin memegang pen dan menulis semula.

Memandangkan dia minat dengan peralatan mekanikal dan memiliki pencetak 3D, Yang kemudian menghasilkan jari palsu dan menghantarnya kepada pelajar tersebut.

Sebulan selepas itu budak tersebut menghantar video menunjukkan dirinya sedang menulis.

Yang gembira kerana berjaya mengubah kehidupan budak itu menjadi lebih bermakna.

Sejak itu dia mula membantu lebih banyak golongan ini tanpa meminta sebarang bayaran.

Seorang lagi pesakit yang pernah dibantunya memuat naik videonya menggunakan jari palsu buatan Yang dan mengucapkan terima kasih atas pemberian “jari ajaib” oleh Yang.

Video itu tular dan ramai yang memuji sikap prihatin Yang.