MIRI:  Ibarat memberi sisa makanan kepada rakyat Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkata adalah satu jumlah yang tidak dapat dibanggakan tentang pemberian khas kepada Sarawak seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 Jumaat lalu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat Jumaat lalu berkata, kerajaan bercadang untuk menggandakan pemberian khas tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak bermula 2020.

Jelasnya sejak 1969, pemberian khas yang merupakan sebahagian daripada geran persekutuan itu, iaitu sebanyak RM26.7 juta untuk Sabah dan RM16 juta untuk Sarawak, belum pernah disemak semula.

Namun, pemerhati dan rakyat berkata, terdapat perbezaan jelas dari segi peruntukan untuk Sabah dan Sarawak.

“Buat pertama kalinya bermula 2020, kerajaan Pakatan Harapan bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak,” kata Guan Eng.

Menurut Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ia bukanlah satu jumlah yang harus dibanggakan sambil menyifatkannya sebagai belanjawan yang tidak seimbang terutamanya untuk Sarawak.

Menurut Naib Presiden PBB itu, jumlah berkenaan  tidak setanding dengan keluasan negeri ini yang hampir sama besar dengan Semenanjung Malaysia.

Beliau menegaskan peruntukan untuk Sarawak tidak seperti yang diharapkan rakyat, justeru begitu mengecewakan.

Katanya lagi, walaupun belanjawan berkenaan lebih tertumpu kepada rakyat di Semenanjung Malaysia.

“Saya anggap belanjawan ini memang begitu teliti dan bagus, tapi malangnya, yang saya boleh katakan, ia belanjawan yang bagus untuk Semenanjung,”

Abdul Karim, Sarawak boleh melupakan sahaja untuk ‘sama taraf’ dengan katanya, janji yang terkandung dalam manifesto PH menjelang PRU-14 masih belum ditunaikan,.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2020, jelas tidak menggambarkan apa-apa yang dijanjikan untuk membantu Sarawak,” katanya lagi.

“Ia belanjawan yang sangat terperinci dan ia juga lebih baik berbanding Belanjawan 2019, namun  mengecewakan kepada Sarawak,” katanya lagi.