KUCHING:  Satu daripada wawasan Kerajaan Sarawak ialah menjadikan negeri ini sebagai Bavaria Asean menjelang 2030.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Bavaria di negara Jerman ialah salah satu daripada dua wilayah dalam Kesatuan Eropah (EU) yang menentukan masa depan kesatuan itu, serta Bavaria dan Itali.

“Wilayah Amelia di Itali, yang ada jenama tersohor dunia seperti Ducati, Lamborghini dan Ferrari,” katanya semasa berucap di majlis Sesi Perjumpaan Perniagaan, anjuran pertubuhan Persekutuan Perniagaan Sarawak, di sini semalam.

“Bavaria di Jerman merupakan wilayah yang begitu maju di kesatuan Eropah,” jelasnya.

“Dengan jenama ini, kedua-dua wilayah inilah yang sebenarnya menggerakkan hala tuju ekonomi EU; menjadi harapan saya agar Sarawak muncul sebagai menjadi Bavaria Asean,” katanya.

Bagi mencapai hasrat berkenaan, Ketua Menteri berkata ia memerlukan sokongan sektor swasta.

“Saya harap sektor swasta memiliki satu hasrat, satu wawasan, dan bersama kita bina transformasi Sarawak,” katanya.