KUCHING: Terdapat lima kes rabies dalam kalangan manusia direkodkan pada tahun ini yang kesemuanya meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes terakhir berlaku pada 21 Ogos lalu melibatkan seorang lelaki berumur 64 tahun dari sebuah rumah panjang di Mukah, Sarawak.

“Pesakit digigit oleh anjing yang diambil daripada saudaranya di Kanowit.

Gambar faiI

“Kes meninggal dunia pada 19 Ogos lalu semasa dalam perhatian rapi pakar perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bintulu,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan bersempena dengan Hari Rabies Sedunia apabila disambut setiap tahun pada 28 September sebagai satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai kepentingan pencegahan penyakit rabies.

Menurut Hisham, sejak 1 Julai 2017 sehingga 3 Oktober tahun ini, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia adalah 21 orang di Sarawak kecuali seorang kanak-kanak yang masih hidup dan kini berumur sembilan tahun yang mengalami komplikasi neurologi teruk akibat jangkitan rabies.