Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan, meskipun terdapat dakwaan-dakwaan menyatakan sebaliknya.

Rajah di bawah jelas membuktikan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.

Pada masa yang sama lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual oleh kerajaan terdahulu antara tahun 2010 hingga 2017. Malah, kebanyakan penjualan tanah milik Kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka.

Para pemimpin pentadbiran lalu yang terus-menerus menuduh Kerajaan Pakatan
Harapan menjual tanah dan aset Kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta, dan akui bahawa ini merupakan satu amalan lazim Kerajaan yang mereka anggotai dahulu.

Harus ditekankan juga bahawa urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan-teras
dan bukan-kritikal aset negara adalah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, dan bertujuan mengimbangkan kembali portfolio Kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam.

Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya