BANGKOK: Lima lagi bangkai gajah liar  ditemui berdekatan Air Terjun Haew Narok di Taman Negara Khao Yai di Thailand Tengah menjadikan keseluruhannya 11 ekor.

Ia jumlah kehilangan terbesar populasi gajah liar di Thailand.

Penemuan itu hasil bantuan alat dron.

Pada Sabtu, enam gajah liar termasuk seekor anak gajah berusia tiga tahun, mati selepas terjatuh ke dalam Air Terjun Haew Narok di Taman Negara Khao Yai.

Kematian gajah berkenaan menggemparkan rakyat di negara ini.

Penemuan yang mengerikan itu membawa jumlah gajah liar yang mati di air terjun berkenaan.

Gabenor Nayok, Natthapong Sirichana dipetik media tempatan berkata, alat dron yang sepatutnya digunakan untuk mengesan dan mengawasi dua ekor gajah yang diselamatkan membuat penemuan yang mengejutkan.

Beliau berkata, lima bangkai gajah itu dikesan kira-kira 1 kilometer dari Air Terjun Haew Narok, tempat di mana enam ekor gajah dijumpai sebelum ini.

“Adalah dipercayai kelima-lima gajah berkenaan daripada kumpulan gajah yang sama terjatuh ke dalam air terjun itu Sabtu lepas,” katanya pada persidangan media di sini, semalam seperti dipetik pelbagai media.