Wanita gelandangan terkenal serta-merta setelah nyanyiannya viral

Ketika asyik menyanyi lagu opera, wanita gelandangan tidak tahu suaranya dirakam oleh seseorang.

Lelaki yang merakam suaranya itu anggota polis yangt kemudian memuat naik nyanyiannya ke media sosial.

Tanpa disangka, nyanyian Emily Zamourka, 52, begitu lunak menyanyikan lagu Puccini bertajuk “O Mio Babbino Caro”, sehingga tular serta-merta.

Lagu tersebut ditonton sejuta kali.

Zamourka berpindah ke Amerika Syarikat dari Rusia ketika berusia 24 tahun dan mahir bermain viola, piano serta gemar menyanyi dan meniru suara penyanyi opera.

Ekoran suara merdunya itu, dia ditawarkan kontrak rakaman oleh produser terkenal.

Orang ramai mula menghulurkan bantuan mencari rumah untuknya selain membeli viola baru kerana viola lamanya dicuri.

Viola itu juga merupakan punca pendapatannya selama ini.