VERACRUZ: Jalan yang sesak, 8.35 pagi menjadi semakin sesak di lebuh raya Boca del Rio, Veracruz, Mexico.

Pengguna lebuh raya dikejutkan dengan tayangan video lucah sekitar 10 minit pada papan iklan digital (billboard) akibat digodam individu tidak bertanggungjawab.

Pegawai tempatan menutup skrin di kawasan pelancongan terkenal itu dan meminta syarikat pengendali mematikan seluruh skrin pengiklanan sehingga selesai siasatan dijalankan.

Insiden retasan atau godam oleh cracker ini bukan kali pertama, tahun lepas iklan yang terletak di salah satu tempat paling penting di Mexico City turut digodam.

Penggodam dikatakan mengawal skrin gergasi tersebut dengan memaparkan kandungan pornografi.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mendedahkan siasatan yang dijalankan dalam kejadian berkenaan.

Teori mengatakan, mereka yang berpengetahuan komputer dapat mengubah operasi atau kandungan pada layar berdasarkan perisian ringkas daripada peralatan desktop.